Saturday, July 6, 2013

Apa yang telah berlaku dengan PBSM Chini Timur

Maaflah..tajuk tu gimik je lebih..sebenarnya saya sendiri pun tak pasti perkembangan PBSM Chini Timur sekarang ini. Dah lama saya tidak bertanya khabar tentang mereka. Saya pun tidak tahu samada ahli PBSM di sana masih aktif seperti dulu atau tidak. Saya telah meninggalkan mereka pada tahun 2009(kalau tak silap saya la) sehingga lah sekarang. Saya masih ingat, mereka lantik saya sebagai Penasihat II PBSM Chini Timur pada tahun 2007-2009. Saya telah berpindah ke klinik lain pada tahun 2009 dan kerana jarak dan waktu kami terpisah begitu sahaja sehingga saat ini. Jika sesiapa yang terbaca coretan saya dan masih mengenali saya, sila hubungi saya melalui fb saya(taip nama penuh saya je-md zakuan bin mohamad). Saya harap perhubungan kita terjalin kembali dan insyaallah saya akan membantu anda semua dalam memartabatkan PBSM/PBSMM walaupun melalui jarak jauh. Untuk pengetahuan saudara/saudari, saya masih terlibat dengan PBSM dan merupakan AJK di dalam PBSMM Cabang Kuantan.Tapi saya kerap terlepas meeting diaorang kerana kebetulan surat panggilan meeting sampai ke tangan saya selepas saya baru habis bercuti.

No comments: