Saturday, June 23, 2007

Tips First Aid

Apakah First Aid
First Aid adalah bantuan atau rawatan pertama yang diberikan kepada orang sakit atau orang yang tercedera sebelum tiba ambulan atau kakitangan perubatan kecemasan terlatih.

Objektif First Aid
  1. Untuk menyelamatkan mangsa :
  • Jika tidak sedarkan diri(pengsan)-pastikan pernafasan tidak tersekat(airway clear)
  • Pastikan mangsa bernafas
  • Memberhentikan pendarahan
  • Rawat lain-lain kecederaan dengan cara yang betul
2. Untuk cegah kecederaan lanjut
  • Jangan alihkan mangsa jika disyaki boleh menyebabkan kecederaan lanjut
  • Selesakan dan tenangkan mangsa
  • Beri perlindungan dari kesejukan, kepanasan terlampau atau keadaan yang basah
3. Untuk mendapatkan perubatan kecemasan
  • Arah seseorang buat panggilan ambulan atau telefon doktor secepat mungkin
  • Sentiasa bersama mangsa sehingga bantuan tiba
Dressing
Dressing digunakan untuk tutup luka untuk pastikan:
  • penghentian sebarang pendarahan(stop any bleeding)
  • keadaan luka bersih dan lindungi daripada kuman
Alat dressing mesti di"sterile" untuk elak kuman.Ia biasanya dibungkus dalam bungkusan yang sedia digunakan.Apabila kita tidak mempunyai alat dressing yang sterile, set dressing kecemasan boleh digunakan.Tetapi ia mesti dari benda yang berwarna putih dan tidak berbulu.Permukaan dalam sapu tangan atau tisu sesuai digunakan.



Friday, June 22, 2007

Sejarah PBSM

Jean Henry Dunant telah dilahirkan pada 8 Mei 1828 terkenal dgn gelaran bapa palang merah.Ayahnya seorang peniaga terkenal dan berharta.Ibunya seorang penyayang dan patuh pada arahan agama .



Beliau aktif dalam pelbagai kegiatan amal dan agama aktif dalam menyatukan orang kristian dan yahudi menjadi ahli LEAGUE OF ALMS di Geneva ( objektif utama: membantu penduduk miskin dan sakit melawat penjara untuk memulihkan banduan .)



Pada usia 30 tahun minatnya adalah kepada sekumpulan organisasi di Switzerland , France ,& Belgium yang terkenal dgn nama Young Mens Christian Union dan di England di kenali sbg Young Mens Christian Assosiation . 1853 , satu pergerakan untuk menyatukan beberapa kumpulan di Eropah dimulakan . Dunant menentang dan mencadangkan satu gagasan sedunia termasuk YMCA di England patut diwujudkan dan tidak terhad di Eropah sahaja . Hasil desakan Dunant , satu persidangan YMCA sedunia telah diadakan di Paris pada tahun 1855.



Pada tahun 1849 , Dunant berkerja sebagai perantis dalam sebuah syarikat bank di Geneva , utk mempelajari perniagaan bank .- disebabkan ketekunannya itu dia telah diberikan tugas sementara sebagai pengurus besar di sebuah cawangan di Algeria yang dikenali sebagai Colonies Suieses de Setif .Kemudiannya beliau berhenti berkerja dan bekerja sendiri dan akhirnya berjaya dalam perniagaan beliau.



Pada bulan Jun 1859 semasa dalam perjalanan untuk menguruskan perniagaan di Itali apabila sampai di Castiglione della Piere ketika pertempuran di Solferino mula meletus beliau dapati banyak mangsa perperangan yang mati dan sakit. Beliau cuba membantu orang yang sakit dengan sedaya-upaya beliau.Pengalaman tersebut telah menyebabkan beliau meninggalkan hal perniagaan . Beliau cuba menumpukan pemikirannya tentang bagaimana penderitaan dan peperangan dapat diringankan .



"Kenangan di Solfarino" buku yang ditulis olehnya adalah permulaan bagi kejayaan kerjayanya . Ia menyarankan agar pasukan yang mempunyai sukarelawan terlatih patut ditubuhkan untuk menolong anggota yang tercedera di semua negara ianya telah mendapat sambutan yang luar biasa .Konsep "trinity" antarabangsa di antara negara untuk menentukan penjagaan orang sakit telah menarik minat ramai .



Pada tahun 1863 & 1864 kejayaannya meningkat kemudian menurun semula pada selepas itu.Ini kerana sokongan orang ramai kepada beliau sehingga tertubuhnya jawatankuasa Palang Merah.Setelah itu pula persidangan di adakan dalam tranformasi itu ,beliau menyepikan diri dan tempatnya itu digantikan oleh orang lebih praktikal pada 1865 & 1866.Pernyataannya semakin merosot,ini kerana perasaan malu dan kurang keyakinan terhadap diri sendiri



Pada 1867 merupakan tahun yang amat malang bagi Dunant kerana urusan perniagaan yang diabaikannya juga turut merosot sehingga beliau terpaksa meggunakan hartanya untuk membayar hutang-piutang.Ekoran daripada itu beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Geneva pada usia 39 tahun.



20 tahun kemudian, Dunant menghadapi hidup yang paling malang, ini kerana beliau terpaksa hidup dengan ehsan sahabat dan sedikit elaun keluarganya. Kadangkala beliau muncul di khalayak ramai di Perancis, Jerman, Itali & England untuk diberi penghormatan atas sumbangan tertubuhnya Palang Merah & projek-projek lain. Walaubagaimanapun beliau terpaksa hidup keseorangan.



Pada Julai 1887 (dalam usia 59 tahun) beliau kelihatan sangat tua akibat kekecewaan yang dialami selama 20 tahun.Namun penduduk di bandar kecil Heidden, Switzerland mengenalinya.Di tempat tinggalnya itu ramai orang yang menghormatinya sejak beliau menaruh minat dalam pergerakan yang beliau pelopori.Beliau juga turut dihubungi oleh rakan lama beliau 1892.Kerana masalah kesihatan beliau telah dimasukkan ke hospital dan hidup di sana selama 18 tahun.



1895 seorang wartawan muda dalam pengembaraannya telah mendapat tahu mengenai Dunant dan memohon untuk mewawancara Dunant.Ekoran wawancara itu seluruh dunia mengetahui bahawa Dunant masih hidup walaupun dalam keadaan daif.Pelbagai pihak mahu membantu beliau.Pengiktirafan terhadap khidmat beliau dihantar melalui surat oleh pihak atasan dan bawahan dari jauh dan dekat.Manakala Pope Leo pula menghantar potret yang yang ditandatangannya yang ditulis dengan tangannya, perkataan First Paz In Virtute Ma Deus.



Dunant tenang semasa hari tuanya, ia menghargai segala pujian yang dicurahkan terhadap beliau dan mengatakan bahawa beliau tidak perlu dibantu, kerana bagi beliau sudah memadai dengan bantuan pihak hospital dan jiran-jirannya di Heidden.



Setrusnya pada 1901, Jawatankuasa Nobel menganugerahkan Dunant dengan Hadiah Keamanan (Peace Prize) yang pertama dan dikongsi dengan Frederick Pessy dari Perancis.Beliau tidak dapat pergi ke Christiana untuk menerima anugerah kerana terlalu lemah tatapi hadiah itu dihantar terus kepadanya dari Geneva.



Akhir sekali, pada Ahad, 30 Oktober 1910 beliau telah meninggal dunia di pergunungan Heidden, di kalangan penduduk.Pada akhir hayatnya beliau dapat menikmati ketenangan hidup, jalinan persahabatan dan keselamatan hingga hari tuanya.

Wednesday, February 28, 2007

bandaging

download video teknik bandaging
Figure of 8 bandage http://www.youtube.com/watch?v=HcfYYKglxrc
circular bandage http://www.youtube.com/watch?v=w0KTMrSG_uo
reverse spiral bandage http://www.youtube.com/watch?v=TnI49G33ONE
recurrent fold bandage http://www.youtube.com/watch?v=UMz4vdxM66A

CPR

Sila klik link berikut jika anda ingin mahir dalam CPR.CPR adalah prosedur yang wajib dipelajari oleh ahli-ahli PBSM untuk mebantu mangsa yang tidak bernafas atau/dan tiada nadi.Laman ini amat sesuai untuk mahir CPR kerana mengandungi video prosedur CPR.Klik http://depts.washington.edu/learncpr/

Nadi

Sila klik link ini untuk belajar tentang nadi apical.Nadi adalah asas dalam pembelajaran PBSM.Klik
http://www.wisc-online.com/objects/index_tj.asp?objID=MEA1004

PBSM CHINI TIMUR

SELAMAT DATANG KE BLOG PBSM CHINI TIMUR.......................

BLOG INI DIILHAMKAN OLEH MA MD ZAKUAN MOHAMAD UNTUK MEMBANTU AHLI PBSM KAWASAN CHINI TIMUR(DI DAERAH PEKAN) UNTUK LEBIH CERDAS DAN BERPENGETAHUAN DALAM PBSM MAHUPUN KEHIDUPAN SEHARIAN.

TERUSKAN MENGIKUTI PERKEMBANGAN BLOG INI DARI MASA KE SEMASA UNTUK NOTA - NOTA TERKINI DAN ILMU BARU DALAM PBSM.

SEGALA KEKELIRUAN DALAM BLOG INI SILA KEMUKAKAN EMAIL ANDA KEPADA mdzkn80@yahoo.com atau REPLY SAHAJA POST YANG DIUPLOAD.