Sunday, July 7, 2013

Ikrar PBSM

 IKRAR PBSM
  
BAHAWA KAMI, 
AHLI BULAN SABIT MERAH MALAYSIA, 
BELIA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA, 
DENGAN INI BERJANJI, 
AKAN TAAT TUHAN, 
SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG,
DAN YANG DIPERTUAN NEGERI KAMI, 
BERDASARKAN PRINSIP RUKUN NEGARA,
SERTA AKAN BERSAMA-SAMA MEREKA DI SELURUH DUNIA, 
MEMBANTU MEREKA YANG SAKIT DAN MENDERITA, 
BERDASARKAN KEPADA PRINSIP PALANG MERAH, 
BULAN SABIT MERAH SEPERTI BERIKUT; 

  • KEMANUSIAN 
  • KESAKSAMAAN 
  • KEBERKECUALIAN 
  • KEBEBASAN 
  • PERKHIMATAN SUKARELA  
  • KETANGGALAN
  • KESEJAGATAN

Lagu PBSM

LAGU PERSATUAN BULAN SABIT MERAH

Bulan Sabit Merah Di Malaysia
Giat Berjasa Untuk Negara
Tidak Kira Kaum Dan Agama
Waktu Aman Atau Bahaya

Di Mana Jua Adanya Sengsara
Di Sana Ada Kita
Di Darat Dan Laut Kita Bersedia
Walaupun Diancam Bahaya

Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia
Membantu Semua Yang Menderita
Badan Sukarela Berkhidmat
Dengan Tabah Dan Bersemangat

Lirik : Tan Sri Dato' Dol Ramli
Lagu : Dato' Johari Salleh

Saturday, July 6, 2013

Apa yang telah berlaku dengan PBSM Chini Timur

Maaflah..tajuk tu gimik je lebih..sebenarnya saya sendiri pun tak pasti perkembangan PBSM Chini Timur sekarang ini. Dah lama saya tidak bertanya khabar tentang mereka. Saya pun tidak tahu samada ahli PBSM di sana masih aktif seperti dulu atau tidak. Saya telah meninggalkan mereka pada tahun 2009(kalau tak silap saya la) sehingga lah sekarang. Saya masih ingat, mereka lantik saya sebagai Penasihat II PBSM Chini Timur pada tahun 2007-2009. Saya telah berpindah ke klinik lain pada tahun 2009 dan kerana jarak dan waktu kami terpisah begitu sahaja sehingga saat ini. Jika sesiapa yang terbaca coretan saya dan masih mengenali saya, sila hubungi saya melalui fb saya(taip nama penuh saya je-md zakuan bin mohamad). Saya harap perhubungan kita terjalin kembali dan insyaallah saya akan membantu anda semua dalam memartabatkan PBSM/PBSMM walaupun melalui jarak jauh. Untuk pengetahuan saudara/saudari, saya masih terlibat dengan PBSM dan merupakan AJK di dalam PBSMM Cabang Kuantan.Tapi saya kerap terlepas meeting diaorang kerana kebetulan surat panggilan meeting sampai ke tangan saya selepas saya baru habis bercuti.

Selamat Kembali

Salam semua.. Dah lama saya tak ke sini.Ingatkan dah tak ada pengunjung. Tadi saja - saja saya jenguk ke sini, tapi sekali tengok kat jumlah visitor, tak sangka lak masih ramai yang berminat dengan blog ini. Maka saya rasa terpanggil semula untuk melakukan kemaskini pada blog ini. Saya mohon maaf kerana telah lama tidak mengemaskini blog ini. Saya telah tersalah membuat tanggapan bahawa blog ini sudah tidak ada pengunjung lagi. Akan tetapi apabila saya memeriksa data visitor, sungguh tidak saya sangka rupa - rupanya masih ada yang sudi melawat blog ini. Jangkaan saya meleset kerana pada tahun 2013 sahaja lebih daripada 100 visitor yang sudi ke sini. Terima kasih atas sokongan anda. Mulai hari ini saya akan kembali mengemaskini blog ini.